BUDAK 7 TAHUN MASUKKAN ADIK BARU LAHIR DALAM BEG UNTUK TUNJUK PADA RAKAN SEKOLAH!

SUBANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya....

#Menurut akhbar Arus Perdana, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya....

#Untuk meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah....

#Ibunya yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah mereka menangis meminta tolong.....

#Di sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi yang berusia 1 bulan berkenaan.....

#Apabila disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik....


0 Response to "BUDAK 7 TAHUN MASUKKAN ADIK BARU LAHIR DALAM BEG UNTUK TUNJUK PADA RAKAN SEKOLAH!"

Post a Comment