GADIS INI MAHU KENING CANTIK AKHIRNYA MENJADI NGERI!

Hasrat seorang remaja berusia 19 tahun yang mendapatkan rawatan HD Brow Treatment untuk mendapatkan kening yang cantik akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri buat dirinya. 





Polly Smith yang juga pelajar jurusan Seni Persembahan di High Wycombe, Buckinghamshire, UK berkunjung ke Adorn Beauty bagi mendapatkan rawatan untuk keningnya mula merasa alergy selepas dua hari rawatan tersebut. 

Keadaan menjadi lebih parah apabila dia tidak boleh membuka matanya kerana bahagian kening dan mata membengkak sehingga memaksanya untuk mengambil antibiotik dan steroids. 

Pengusaha salon itu menawarkan pulangan wang dan memberi 20 US Dollar kepada Polly sebagai kos ubat-ubatan antibiotiknya.

Polly menasihatkan orang lain agar berfikir dengan baik terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mengambil sebarang rawatan kerana ia mungkin akan memberi kesan yang buruk dan parut yang kekal.

0 Response to "GADIS INI MAHU KENING CANTIK AKHIRNYA MENJADI NGERI!"

Post a Comment