PUNCA SEBENAR RUMAH ZERO TERBAKAR DI KENAL PASTI!

> “Malang tidak berbau” bagi pelawak terkenal kumpulan Zero apabila kediaman mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar. Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

#Menerusi mStar Online, pengurusnya Shafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut berpunca daripada baju yang terbakar daripada sebuah rumah lalu merebak ke rumah lain.....

#Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan,

#Alhamdulillah tiada yang tercedera dalam kejadian itu tetapi semua barang-barang musnah akibat kejadian itu.....

#Tambahnya ketika kejadian  Syaiful dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat keluarganya sebelum mendapat tahu tentang kebakaran tersebut......

#Manakala abang dan adiknya, Atu dan Sharif  berada di ibu negara dan bergegas pulang ke Kudat apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.....

#Mereka dalam keadaan terkejut apabila Syaiful memberitahu tentang kebakaran itu dan meminta saya segera membeli tiket penerbangan pulang......




#Sementara itu, Shafeeqa berkata, Zero bersama penduduk kampung yang lain kini sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat.....

#Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis). Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut....

#Zero yang dianggotai Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif itu adalah juara program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)....

#Menerusi kemenangan tersebut mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.....

#Bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.....

0 Response to "PUNCA SEBENAR RUMAH ZERO TERBAKAR DI KENAL PASTI!"

Post a Comment